home | Ekonomi | Sosial | Politik | Pautan berkaitan |  




Sosial Indonesia:  
 Kesan Krisis  
 Keberkesanan  
Sosial Malaysia:  
 Kesan krisis  
 Langkah/Polisi  
 Keberkesanan  
   








 
Langkah Pemulihan Sosial Indonesia
Respon Polisi Indonesia



(i)Social Safety Nets


Dalam masa kegawatan ekonomi ini, kerajaan Indonesia, termasuk agensi-agensi antarabangsa sedar akan keperluan untuk menyediakan lebih banyak program gunatenga dan bentuk rancangan yang lain untuk meningkatkan pendapatan isirumah dan kuasa beli serta mengurangkan masalah penurunan pendapatan dan peningkatan pengangguran.


A. Food-for-work


Kerajaan Indonesia dengan sokongan sebilangan penderma atau penyumbang multilateral dan bilateral telah melancarkan program bagi melaksanakan social safety nets (jaringan pengaman sosial). Daripada mengembangkan program yang sedia ada, kerajaan Indonesia melancarkan inisiatif yang baru. Disebabkan krisis ekonomi dikaitkan dengan masalah kemarau, ada pendapat bahawa entitlement failure famine secara skel besar akan berlaku. Wujudnya persoalan bahawa pekerja akan menghentikan pekerjaan bukan pertanian di bandar dan balik ke kawasan luar bandar di mana berlakunya penurunan pengeluaran makanan kerana kemarau tersebut. Dengan pendapatan tunai yang semakin berkurangan dan peningkatan harga barangan, ramai yang bimbang sekiranya mereka akan kebuluran kerana tidak berupaya membeli makanan. Program food-for-work dianggap paling berkesan bagi mengatasi masalah tersebut dan program ini menjadi elemen penting dalam program keselamatan sosial di Indonesia.


B. Program Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar


Prosedur untuk bagi program food-for-work telah disediakan dengan teliti apabila krisis melanda, walaupun kerajaan turut menyokong program am labour-intensive sejak awal 1980-an. Kerajaan Indonesia telah memperuntukkan sebanyak 24 trilion rupiah untuk program pertanian dan pembangunan luar bandar. Walaupun belanjawan tersebut tidak dijelaskan secara mendalam, diandaikan bahawa sebahagian daripada wang ini akan dibelanjakan oleh kerajaan regional dan tempatan sungguhpun National Planning Board (BAPPENAS) mengandaikan fungsi perancangan keseluruhannya bagi program ini dan kerajaan daerah (kabupaten) dilakukan dengan pemilihan projek dan keuntungan serta pembahagian peruntukan (UNSFIR 1999:88).


home | Ekonomi | Sosial | Politik | Pautan berkaitan |  

Har Wai Mun, et al @ 2000
Created:2000