home | Ekonomi | Sosial | Politik | Pautan berkaitan |  




Sosial Malaysia:  
 Kesan Krisis  
 Keberkesanan  
Sosial Indonesia:  
 Kesan krisis  
 Langkah/Polisi  
 Keberkesanan  
   











 
Langkah Pemulihan Sosial Malaysia
Respon Polisi Malaysia


Kerajaan telah mengambil langkah tegas berikutan krisis ekonomi ini. Negara masih mempunyai kekuatan berdikari dan berjuang untuk mengatasi krisis ini (Ucapan Belanjawan 1999, 23/10/1998).



(i)Program Rakyat Termiskin


Bagi mengatasi penduduk miskin, kerajaan mengekalkan peruntukan belanjawan asal untuk Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dan menyediakan bantuan kredit mikro kepada peniaga kecil dan penjaja di kawasan bandar. Langkah meningkatkan peluang pekerjaan bermajikan dan pekerjaan sendiri juga diperkenalkan di samping mengawal kenaikan harga barangan.



(ii) Galakan Pekerjaan

Tentang masalah pengangguran pula, pelaburan industri berorientasikan eksport digalakkan kerana ia memerlukan tenaga kerja yang lebih dan galakan berkerja sendiri. Akta Pekerjaan dikaji semula dan pada masa yang sama kerajaan menggalakkan amalan kerja yang fleksibel. Bagi penganggur siswazah, Kementerian Pendidikan menyelaras pendaftaran dan penempatan pekerjaan bagi mereka. Siswazah turut digalakkan melibatkan diri dalam pernagaan kecil-kecilan dan skim apprentis.

(iii) Pendidikan

Bagi peluang pendidikan pula, peruntukan pembangunan bagi institusi pendidikan tinggi awam dikekalkan. Penyediaan kemudahan fizikal pendidikan sebaliknya dijimatkan. Peluang pendidikan diperluaskan melalui kerjasama francais antara insitutsi awam tempatan dan institusi swasta. Ini dilakukan untuk memenuhi permintaan pendidikan yang semakin tinggi dengan kos yang minima.


(iv)Pekerja Asing

Kemasukan pekerja asing dikawal sepenuhnya. Dasar dan strategi tentang pekerja asing dikaji semula. Pekerja asing yang tidak dapat ditempatkan di sektor lain dihantar pulang balik ke negara asal mereka. Pada masa yang sama, Akta Imigresen dikuatkuasakan dan bayaran dikenakan mengikut kadar pasaran kepada buruh asing yang mendapat perkhidmatan di pusat pengajian tinggi dan kesihatan tempatan.


home | Ekonomi | Sosial | Politik | Pautan berkaitan |  

Har Wai Mun, et al @ 2000
Created:2000