home | Ekonomi | Sosial | Politik | Pautan berkaitan |  




Ekonomi Indonesia:  
 Kesan Krisis  
 Keberkesanan  
Ekonomi Malaysia:  
 Kesan krisis  
 Langkah/Polisi  
 Keberkesanan  
   


















































 
Langkah Pemulihan Ekonomi Indonesia
Respon Polisi Indonesia


Menurut Dr. Anwar Nasution (2000), timbalan Govenor yang senior bagi Bank Indonesia, kerajaan Indonesia telah melaksanakan berbagai-bagai polisi dalam sektor makro dan mikro sebagai tindak balas terhadap kesan yang dibawa oleh krisis ekonomi. Sektor makro termasuklah polisi berkenaan kadar pertukaran, kewangan, fiskal, aliran modal dan pengurusan hutang luar. Sektor mikro pula berkaitan dengan penstrukturan semula bank dan pengaplikasian polisi berjaga-jaga.


Namun, perkara yang penting dalam mencorak strategi pemulihan Indonesia ialah hubungannya dengan International Monetary Fund (IMF). Pada 30 Oktober 1997, Indonesia telah menandatangani satu perjanjian dengan IMF berkenaan dengan satu pakej kewangan dan pemulihan ekonomi. Pakej ini melibatkan pinjaman sebanyak US $40 billion kepada Indonesia. Mulai peristiwa itulah IMF telah mengariskan sasaran polisi makroekonomi Indonesia serta rangka strategi pemulihan ekonomi yang mesti dipatuhi oleh Indonesia. Amnya, campuran polisi yang telah diimplikasikan dalam pelbagai sektor adalah seperti berikut:



(i) Polisi Kewangan

Semasa krisis, maklamat polisi kewangan cenderung kepada dua isu, iaitu:

a) Usaha menghalang spekulasi terhadap rupiah yang melibatkan campur tangan kerajaan dalam sistem pertukaran matawang. Pada mulanya, kerajaan sekadar melebarkan had pengapungan rupiah (sebanyak 8 kali). Namun, selepas tekanan spekulasi yang semakin tinggi, sistem apungan bebas sepenuhnya telah digunakan mulai 14 Ogos 1997. Walau bagaimanapun, kerajaan masih mencampur tangan dalam pasaran hadapan pertukaran asing dan mengenakan had maksimum transaksi pertukaran asing sebanyak $5 juta seorang per bank kecuali untuk tujuan pelaburan dan dagangan. Aliran keluar masuk matawang rupiah dalam Indonesia, pergerakan modal dan Sistem Pertukaran Asing turut diregulasi.

b) Usaha mengatasi masalah kejatuhan nilai rupiah dan terus menghalang spekulasi Polisi kewangan ketat telah digunakan untuk tujuan ini. Lebihan penawaran wang kesan daripada kadar kecairan yang tinggi cuba diserap melalui peningkatan kadar bunga dan SBI yang tinggi. Kadar bunga telah naik dari 22% pada Januari 1998 kepada kadar tertinggi 70% pada September 1998.


(ii) Polisi Fiskal

Belanjawan dirangka untuk membantu pemulihan ekonomi berlandaskan empat objektif asas, iaitu, menghasilkan stimulus fiskal, membentuk landasan asas bagi mendapatkan lebih banyak sumber hasil dalam jangka sederhana, menyokong program penstrukturan dan pemodalan semula bank dan tanggungan belanjawan dari sumber bukan pinjaman bank pusat atau bank domestik. Oleh itu, belanjawan Indonesia pada 1997/1998 adalah defisit sebanyak 0.61% daripada KNK, defisit 2.39% daripada KNK pada belanjawan 1998/1999 dan defisit 1.53% daripada KNK pada belanjawan 1999/2000. 60% daripada defisit ini ditampung melalui pinjaman luar negara manakala selebihnya adalah melalui hasil daripada penswastaan dan jualan aset bank oleh Indonesian Bank Restructuring Agency (IBRA). Selain itu, kerajaan juga telah membatalkan 12 project infrastruktur dan berhenti memberi keistimewaan kepada projek kereta nasional.

Selain itu, kerajaan membenarkan pekerja mengeluarkan simpanan dari Dana Simpanan Pekerja jika mereka telah menjadi ahli selama lebih daripada 5 tahun dan telah menganggur selama 6 bulan. Kerajaan turut memperuntukan RM 2 billion untuk program awam yang intensif buruh untuk meningkatkan pengeluaran, pendapatan rakyat dan mengurangkan pengangguran. Atas tujuan yang sama, kerajaan memberi kemudahan kredit untuk menggalakkan penubuhan perniagaan usaha sendiri.


(iii) Pembiayaan Perdagangan

Krisis matawang menyebabkan komuniti asing hilang keyakinan terhadap bank-bank Indonesia dan mula direndahkan status grednya sejak pertengahan kedua tahun 1997. Demi menyakinkan rakan dagangan Indonesia tentang prospek ekonominya, kerajaan telah menfacilitate perdagangan antarabangsa Indonesia melalui penyediaan kemudahan jaminan L/C dan memperkenalkan skim jaminan kredit.


(iv) Resolusi hutang Luar dan Penstrukturan Korporat

Kejayaan penstrukturan semula sektor koperat akan membentu mempercepatkan pemulihan ekonomi sementara kebekesanan pengurusan hutang luar akan mengurangkan tekanan terhadap matawang rupiah. Jadi, langkah-langkah berikut telah diambil:


a. Perjanjian Frankfurt :

Perjanjian ini dibuat pada Jun 1998 dan meliputi (i) penstrukturan hutang inter-bank yang matang sebelum akhir bulan Mac 1999. Nilainya dianggar sebanyak US$ 9 billion. (ii) Fasiliti kredit dagangan untuk membantu mengembalikan keadaan normal pembiayaan dagangan. Nilai anggarannya ialah sebanyak US$ 4 billion). (iii) Satu rangka kerja untuk penstrukturan hutang koperat secara sukalera yang melibatkan skim jaminan pertukaran kerajaan (skim INDRA). Jumlah hutang luar koperat dijangka berjumlah US$ 66 billion). (iv) Menubuhkan Indonesian Debt Restructuring Agency atau INDRA. Objektif INDRA ialah untuk melindungi pemiutang Indonesia daripada risiko pertukaran asing terhadap hutang mereka. INDRA berfungsi sebagai orang tengah yang menerima bayaran daripada pemiutang Indonesia dalam rupiah dan membayarnya kepada penghutang luar dalam bentuk dolar Amerika. Oleh itu, penubuhan INDRA juga adalah satu pendekatan alternatif dalam menyelesaikan masalah hutang swasta di luar sistem bank. (v) Mengadakan satu undang-undang pemuflisan yang baru untuk mengelakkan berlakunya moral harzard dalam aktiviti penstrukturan semula hutang koperat. Satu Mahkamah Pemuflisan khas telah pun ditubuhkan.

b. Jakarta Initiative:

Jakarta Initiative ini ditubuhkan untuk memudahkan rundingan antara penghutang dengan pemiutang. Satu jawatankuasa khas untuk membantu penstrukturan semula bank juga ditubuhkan. Antara tanggung jawab Jakarta Initiative ialah: (i) mefacilate rundingan di luar mahkamah, (ii) menyediakan forum sebagai "one-stop facilitation" kepada urusan berkenaan pengimplikasian rancangan penstrukturan koperat, dan (iii) memberi cadangan terhadap keperluan mengubah sebarang perundangan, regulasi atau sistem pentadbiran untuk lebih memudahkan penstrukturan semula koperat.

c. Kelab Paris (Paris Club) :

Kerajaan menstruktur hutang luarnya melalui Kelab Paris ini. Pada 23 September 1998, satu perjanjian mengenai penjadualan dan pembiayaan semula hutang bilateral luar Indonesia telah ditandatangani antara kerajaan Indonesia dengan dan 17 penghutang Kelab Paris serta 5 penghutang bukan dari negara Kelab Paris.

d. Tindakan lain :

Bank Indonesia menghendakkan pinjaman off-shore yang diterima oleh syarikat swasta dilapurkan amaun keseluruhan kepadanya mulai April, 1998. Pada 19 Jun 1998, Bank Indonesia juga telah melakukan bayaran awal kepada penghutang untuk menutupi tunggakan sehingga 30 Jun 1998.


(v) Penstrukturan semula Sektor Kewangan

Objektif utama melakukan penstrukturan semula sektor kewangan ialah mengembalikan semula keyakinan terhadap sektor perbankan Indonesia, menstabilkan sistem kewangan dalam jangka pendek dan mengkukuhkan kecekapan institusi perantaraan kewangan serta sistem kewangan dalam jangka masa panjang. Usaha kerajaan tertumpu sekitar beberapa strategi berikut:

a. Strategi mengembalikan keyakinan dalam sektor perbankan:

Kerajaan telah menyediakan jaminan terhadap semua jenis deposit bank tanpa mengira sama ada ia adalah dalam matawang rupiah atau matawang asing untuk semua bank tempatan. Standard kecukupan modal untuk bank dikuatkuasakan. Kerangka penyeliaan bank dari pelbagai segi seperti peraturan kecukupan modal, pelaporan, penyeliaan dan kapasiti pengawalan oleh Bank Pusat diperkukuhkan. Bank-bank yang ditubuhkan di Indonesia juga dikehendaki memenuhi keperluaan modal minimum.

b. Strategi meningkatkan govenance dalaman

Usaha untuk memperbaiki perundangan demi memperkukuhkan polisi dan infrastruktur institusi berkenaan sistem perbankan telah dilakukan. Pindahan terhadap undang-undang perbankan telah diluluskan oleh Parlimen pada Oktober 1998. Kebebasan bank pusat menjadi lebih diutamakan sehingga satu Akta Bank Pusat baru yang menekankan isu tersebut dikeluarkan pada 17 Mei 1997.

c. Strategi menyelesaikan masalah ketakcairan

Ini termasuk menubuhkan Indonesia Bank Restructuring Agency (IBRA) dan Aset Management Unit (AMU). IBRA adalah di bawah selian Kementerian Kewangan dan bertanggung jawab melaksanakan program jaminan kerajaan dan penstrukturan semula bank. Beberapa bank yang tidak mampu bertahan dibiarkan ia ditutup sementara lesen 20 bank perdagangan telah ditarik balik. Pada September 1998, kerajaan telah memulakan penggabungan 4 buah bank negeri kepada sebuah bank baru bernama Bank Mandiri. Program pemodalan semula asas modal yang lemah beberapa bank turut dijalankan. Selain itu, halangan-halangan untuk pemilikan asing dalam bank turut dimansuhkan.

(vi) Reformasi struktural yang lain

Reformasi struktur bertujuan untuk menghapuskan faktor-faktor yang menjejaskan kecekapan mekanisma pasaran dari bahagian penawaran dalam ekonomi. Penyesuaian-penyesuaian struktur untuk menambahkan ketelusan dalam pembentukan polisi dan persaingan telah dilakukan.

(a) Langkah memperbaiki ketelusan dan kecekapan sektor awam

Antara aspek yang diberi perhatian ialah pengawalan perjanjian kerjasama (mengenai tarif dan penyelesaian konflik), memperbaiki proses screening, pemilihan dan penilaian sesuatu projek serta perjanjian berkenaan bidding competitiveness. Akta baru tentang aliran pertukaran asing dan sistem kadar pertukaran yang memberi kuasa untuk bank pusat memperolehi maklumat berkenaan transaksi pertukaran asing telah dikeluarkan.

(b) Membentuk polisi yang market friendly

Ini termasuk memansuhkan halangan kepada pelaburan asing, mengurangkan tarif import dan cukai eksport untuk beberapa barang serta mengurangkan subsidi import. Pemansuhan monopoli atas import dan kawalan harga beberapa barang serta had pelaburan asing dalam syarikat tersenarai turut dilaksanakan.

(c) Libelisasisi perdagangan dan pelaburan asing

Penglibelisasian meliputi langkah untuk menghapuskan kartel dan monopoli biayaan kerajaan negeri, pengurangan tarif serta pemansuhan halangan terhadap eksport dan import.Halangan pelaburan asing dalam perdagangan borong turut dimansuhkan dan kerajaan menjamin bayaran terhadap import barangan penting.

(d) Deregulisasi dan Penswastaan

Keluaran pertanian telah diregulisasi dan cukai dagangan antara-provisi serta antara-daerah telah dihapuskan. Kerangka kerja untuk pengurusan dan penswastaan aset kerajaan dibuat di samping berusaha mempercepatkan penstrukturan semula hutang koperat dan pengkukuhan sistem perundangan.


home | Ekonomi | Sosial | Politik | Pautan berkaitan |  

Har Wai Mun, et al @ 2000
Created:2000