Kursus ini membincangkan topik ekonomi pembangunan di peringkat lanjutan untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang teori, masalah, dasar dan strategi di samping memperkenalkan debat dan penemuan utama kajian mengenai pembangunan ekonomi yang bersifat tempatan dan antarabangsa. Kursus ini memfokus kepada proses pertumbuhan dan perubahan struktur kesan daripada teori pembangunan 'lama' dan 'baru'. Tajuk juga meliputi sektor pertanian, industri dan perkhidmatan; dasar dan strategi pembangunan; mobilisasi sumber di dalam dan luar negara; globalisasi dan liberalisasi; pembangunan sumber manusia; gender dalam pembangunan; dan alam sekitar.