home | Ekonomi | Sosial | Politik | Pautan berkaitan |  




Sosial Malaysia:  
 Kesan krisis  
 Langkah/Polisi  
 Keberkesanan  
Sosial Indonesia:  
 Kesan Krisis  
 Langkah/Polisi  
 Keberkesanan  
   


















































 
Politik Malaysia-Indonesia Suatu Tinjauan
Kesan Politik Malaysia


Tahun 1997 telah menyaksikan satu peristiwa baru di Asia Timur yang meninggalkan kesan yang mendalam dan besar kepada kebanyakan negara di wilayah berkenaan sama ada dari segi ekonomi, sosial atau politik. Malaysia juga tidak terlepas daripada krisis ini. Kesan-kesan krisis ekonomi telah banyak dikemukakan dan dibincangkan dalam kajian literatur seperti yang dinyatakan oleh Professor Kindleberger dalam jangkaan beliau.


Secara keseluruhan, pemecatan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada September 1998 dengan sebab perlakuan sek luar tabii dan hubungan sejenis merupakan kesan politik yang utama akibat krisis ekonomi 1997. Pemecatan ini telah menjadikan titik tolak utama dalam pembangunan politik di Malaysia. Keadaan ini telah membawa keadaan yang kurang stabil dalam negara sehingga membawa kepada pemogokan dan rusuhan terutamanya di bandaraya Kuala Lumpur. Isu ini memberi kesan yang besar kepada politik Malaysia kerana merupakan pembalahan di antara dua orang utama dalam politik negara.

Seterusnya, timbul pula banyak penyataan dan perbincangan berkenaan dengan dasar, sikap dan tindakan Dr Mahathir dan Anwar sepanjang tempoh pemerintahan mereka sehingga membawa perbezaan pendapat dan pembahagian sokongan dalam negara. Di antaranya adalah seperti Dr. Mahathir Mohamad yang selaku Perdana Menteri Malaysia telah menumpang begitu lama dalam jawatan beliau dan waris beliau Anwar harus menjadi pengganti yang sesuai dalam pembentukan negara Malaysia yang lebih liberal. Isu-isu seperti Dr. Mahathir membalas dendam ke atas Anwar kerana perbezaan pendapat dalam usaha mengatasi krisis ekonomi terutamanya dari segi polisi kewangan, kerajaan sekarang banyak mengamalkan nepotism dan kronism sehingga menjejaskan kemajuan negara dengan contohnya Dr. Mahathir dikatakan banyak membantu secara tidak langsung kepada Syarikat Renong yang berhutang tinggi kerana syarikat tersebut dimiliki oleh kawan karib beliau Daim Zainuddin di samping banyak kontrak-kontrak besar juga dikatakan diberi kepada anak-anak beliau dengan contohnya dikatakan batasan antara pelaburan asing dengan pengurusan asing dalam ekonomi Malaysia tidak akan dilintasi jika Petronas enggan memberi lebih daripada satu billion ringgit untuk menyelamatkan anak Dr. Mahathir, Mirzan yang tersilap langkah, projek raksasa yang dijalankan di bawah Dr. Mahathir seperti Putrajaya dan Cyberjaya juga banyak dikritik dan sebagainya.

Menurut Greg Felker yang menimbulkan dua soalan iaitu adakah kuasa pembangkang akan mengatasi masalah pembahagian etnik dan luar bandar dengan bandar sehingga berganjak cepat kepada agenda pembaharuan liberal atau seperti dalam situasi yang sebelumnya yang dikecewakan dengan pembalahan perkauman yang berpanjangan? Adakah krisis ekonomi telah melemahkan asas institusi politik Malaysia? Penahanan, penganiayaan dan pendakwaan ke atas Anwar telah menunjukkan bahawa mereka yang berada di tempat kedua akan kehilangan kuasa dengan lebih banyak berbanding kedudukan rasmi dan asas mereka kepada naungan

Krisis ekonomi 1997 telah meyebabkan pemisahan kepada dua kumpulan dalam politik negara iaitu golongan Anwar atau Anwaristas yang bertentangan dengan golongan Dr. Mahathir atau Mahathirists. Keadaan ini telah menyebabkan komplot berlaku dalam usaha mengambilalih kuasa negara secara paksaan. Walau bagaimanapun, pembahagian politik di antara Mahathirists dan Anwaristas dalam senario politik Malaysia masih tidak jelas untuk melihat keadaan politik yang sebenarnya dan sesetengah kumpulan yang baru masih belum matang di samping masih terdapat golongan yang berkecuali.

Pada suatu masa yang lalu, Dr. Mahathir dilihat sebagai "man of the hour", wira dan penyelamat UMNO dan orang Melayu. Tetapi, akibat krisis ekonomi, melalui keputusan Pilihan Raya 2000, Dr. Mahathir telah mendapat lebih sokongan daripada golongan bukan Melayu berbanding dengan orang Melayu. Ini telah menunjukkan kedudukan beliau yang selaku pemimpin Melayu telah terjejas. Ini juga merupakan satu tanda anti-Mahathir dengan sokongan pro-Anwar yang menunjukkan masalah perkauman masih wujud dalam negara.

Didapati bahawa krisis ekonomi juga telah melemahkan polisi asing Dr. Mahathir walaupun penguatkuasaan polisi asing masih memberi sumbangan yang besar dalam agenda politik. Tetapi, pada masa yang sama sesetengah hubungan luar negeri terjejas contohnya hubungan Malaysia Singapura yang telah menjangkau peringkat terendah dan hampir kepada bahaya. Hubungan ini masih kekal sebagai masalah.

Secara keseluruhan, krisis ekonomi 1997 telah meninggalkan kesan-kesan politik yang agak mendalam ke atas pembangunan politik Malaysia sehingga membawa beberapa tindakbalas masyarakat sekalian.


Kesan Politik Indonesia

Krisis ekonomi 1997 telah meninggalkan kesan-kesan yang amat besar kepada Republik Indonesia sama ada dari segi politik, ekonomi atau sosial. Menurut Cole dan Slade (1996, Chapter 10), kegagalan untuk menggabungkan maklum balas awal yang berkesan dan keruncingan akhir krisis ekonomi Indonesia haruslah difahami dan diterangkan sebagai kesan daripada proses politikal ekonomi yang berpanjangan dan aktiviti kewangan di Indonesia serta keruntuhan serentak semua pengawasan politik yang berkesan ke atas institusi kewangan oleh pihak berkuasa perlaksana bersama-sama dengan kelakuan biadap ramai pemimpin politik dan pelabur-pelabur asing. Walau bagaimanapun, menurut McLeod (1998:46), kewujudan polisi anti daya saing untuk memperkayakan beberapa individu yang berkepentingan adalah menyedihkan tetapi hakikat bahawa polisi-polisi ini sesuai dengan pertumbuhan tinggi yang memberi faedah material yang besar kepada kebanyakan segmen dalam populasi dalam jangka panjang tidak boleh diketepikan. Dalam erti kata yang lain, bukti adalah terlalu sedikit untuk menyokong pandangan bahawa polisi-polisi kerajaan menyebabkan krisis.

Pada April 1998, pelajar-pelajar Indonesia telah mula menunjukkan perasaan di seluruh negara dengan meminta Presiden Suharto menamatkan rasuah, pakatan sulit dan nepotism yang mengikut pendapat mereka adalah punca krisis ekonomi. Secara keseluruhan, terdapat banyak pendapat berkenaan dengan krisis ekonomi di Indonesia dengan contohnya penekanan yang keterlaluan kepada kepentingan pembangunan dan penyusunan institusi, pemusatan kuasa kepada presiden dan kekurangan strategi pembangunan yang berkesan yang bertindakbalas ke atas globalisasi serta pelbagai masalah-masalah dalaman seperti rasuah, nepotism, rent-seeking dan sebagainya. Menurut Hadi Soesastro dalam artikel "The Economic Crisis In Indonesia: Lessons and Challenges for Governance and Sustainable Development" krisis ekonomi 1997 telah memberi peluang untuk membetulkan masalah-masalah tersebut. Menurut Hill (1997), liberalisasi telah membawa kepada kewujudan pengabungan dan monopoli, peningkatan ketidakseimbangan agihan dan kemiskinan, perluasan ketidaksamaan wilayah dan penghapusan firma kecil.

Kesan politik utama akibat krisis ekonomi 1997 adalah perletakan jawatan Suharto pada 21 Mei 1998 kerana kegagalan memulihkan ketenteraman negara dan dipaksa oleh tentera dan rakyat negara. Armed Forces of Indonesia (ABRI) telah cuba memujuk Surhato meletak jawatan selepas melihat kegagalan pemerintahan kerajaan Surharto. Pada masa tersebut, reformasi muktamad telah disarankan dan hanya kerajaan baru berupaya melakukan kerja tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan Timbalan Presiden Habibie yang selaku sekutu Suharto berikrar serta merta menjadi presiden Indonesia yang baru. Keputusan Suharto ini telah mendapat sambutan baik daripada para pengawai kerajaan tetapi berwaspada kepada kerajaan yang baru. Pada tarikh yang sama Panglima Wiranto telah mendesak golongan tentera menyokong Habibie dan berikrar menyelamat Suharto dan keluarganya. Akhirnya, Suharto telah didakwa di mahkamah dan dipenjara selama 18 bulan.

Selain itu, krisis ekonomi 1997 juga telah membawa kepada cabaran ke atas status quo seperti gerakan menuntut kemerdekaan di East Timor, Aceh dan Irian Jaya. Kerajaan Indonesia telah dilihat menghilangkan kawalan politiknya ke atas wilayah-wilayah berkenaan. Megawati Sukarnoputri yang merupakan anak perempuan presiden pertama Indonesia iaitu Sukarno telah menghapuskan sebarang ilusi di mana Presiden Suharto sanggup membenarkan pengerakan ke arah demokrasi.

Selepas krisis ekonomi berlaku, dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah dilihat banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) yang berunsur sosial dan perubahan politik ditubuhkan serta kemunculan Kesatuan Sekerja dan Organisasi Petani yang berdikari. Ramai golongan pertengahan telah diserap masuk dalam Organisasi Kebudayaan Islam rakyat jelata seperti Nahdlatul Ulama (NU) dan Muhammadhiya. Megawati Sukarnoputri telah menunjukkan simbol yang bertentangan yang dilihat oleh orang ramai sebagai suatu sistem yang menindas.

Di samping itu, terdapat sesetengah analisis yang menyatakan timbulnya perluasan pergerakan kuasa rakyat di Indonesia yang seperti berlaku di Filipina pada tahun 1986 dengan kejatuhan Presiden Marcos. Kegagalan pengagihan pendapatan dan kekayaan dengan seimbang di samping masalah-masalah politik dalaman akan menyebabkan rakyat kehilangan kesabaran mereka dan menimbukan keadaan perselisihan. Abdulrahman Wahid yang selaku pemimpin NU, megawati dan Amien Rais yang selaku pemimpin Muhammadhiya dalam kempen memujuk Suharto meletakkan jawatan atau memperluaskan reformasi politik telah menyokong sektor NGO dan Organisasi Buruh yang berdikari, tetapi NU dan Muhammadhiya masih cenderung kepada keagamaan dan perkhidmatan sosial. Dengan itu, krisis ekonomi 1997 telah mengubah corak politik keseluruhan Indonesia dan meninggalkan kesan yang dahsyat serta mendalam kepada negara berkenaan.



Langkah Ke Arah Keberkesanan Politik Malaysia

Pemisahan kepada dua kumpulan politik negara telah memberi peluang kepada parti pembangkang untuk meluaskan kuasa. Daripada Pilihan Raya 2000, PAS (Parti Islam SeMalaysia) semakin mendapat sokongan dengan berjaya menguasai dua negeri di Malaysia iaitu Kelantan dan Terengganu. Menurut Professor Zakaria Haji Ahmad, beliau meragui saranan Allah melalui PAS adalah untuk mendapat sokongan dan mereka yang memecatkan Anwar yang selaku simbol Islam boleh dilihat sebagai anti Islam. Walau bagaimanapun, golongan ini masih merupakan kuasa politik Melayu sampingan dan hanya boleh diramal sebagai pembangunan politik wilayah. Selain itu, Parti Keadilan (ADIL) telah ditubuhkan pada awal Disember 1998 di Kuala Lumpur tetapi kemunculan parti baru ini tidak mempunyai sebab yang ideologi berkaitan dengan krisis ekonomi dan hanya sekadar buruj pengikut dan penyokong Anwar termasuk isteri beliau Dr. Wan Azizah.

Bagi menggantikan jawatan Anwar, Dr. Mahathir telah melantik Datuk Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi UMNO. Terdapat sesetengah orang yang meragui keupayaan Badawi dalam kepimpinan. Menurut Pemangku Dr. Mahathir yang pertama Datuk Musa Hitam, Badawi tidak bertindak atau bercakap seperti yang ditunjukkan, beliau mungkin mencabar Dr. Mahathir dan mungkin juga seperti nasib ketiga-tiga Timbalan Perdana Menteri yang sebelumnya. Secara keseluruhan, dalam kes Malaysia, krisis ekonomi masih tidak membawa kepada kegagalan struktur dalam sistem politik Malaysia. Beberapa tindakbalas masyarakat dan langkah-langkah dijalankan.


Langkah Ke Arah Keberkesanan Politik Indonesia

Presiden Habibie telah memegang kuasa pada Mei 1998 dengan agenda profil yang tinggi untuk politik dan reformasi hak asasi manusia. Selepas enam bulan, kerajaan Habibie telah menunaikan janjinya untuk menghormati hak asasi manusia dalam usaha perubahan dan penyertaan politik yang lebih mendadak. Di antara komitmen yang ditunaikan oleh Habibie adalah seperti melepaskan banduan politik, menyiasat perlanggaran hak asasi manusia dan liberalisasi sistem pemilihan dan pengetatan semula politik. Kerajaan dilihat telah mengambil langkah pertama dalam menginstitusikan perjanjian tersebut. Contohnya, menggariskan satu jadual untuk pengesahan alat hak asasi manusia antarabangsa dan reformasi formal. Walau bagaimanapun, hak asasi manusia masih kekal dicabul. Dalam sesetengah kes, kezaliman berlaku di bawah renungan komuniti antarabangsa seperti pembunuhan, perlukaan penunjuk perasaan di Jakarta pada November 1998. Dalam kes yang lain, pembunuhan, layanan buruk, penangkapan pihak yang berpegang kepada fahaman diri masih wujud di kawasan yang lebih terpencil seperti Aceh, Irian Jaya atau East Timor dengan banyak kes jenayah berlaku tanpa dilaporkan. Dalam keadaan itu, Amnesty International telah menyarankan kerajaan Habibie mengambil langkah serta merta untuk menunaikan perjanjian sebelumnya bagi menghormati dan menyelamatkan hak asasi manusia. Kumpulan ini telah menekan bahawa ahli ABRI yang terlibat dalam aktiviti mencabul hak asasi manusia harus didakwa di mahkamah untuk membawa keadilan. Tetapi, Pasukan Tentera Indonesia masih menghadapi cabaran yang keterlaluan dan menguatkuasakan undang-undang dan mengawal aktiviti tunjuk perasaan secara besar-besaran. Walaupun penyataan kerajaan menunjukkan tujuan menyelamatkan hak asasi manusia tetapi tidak menunjukkan perubahan dalam pratiknya oleh kuasa keselamatan. Kebebasan politik, perlepasan banduan politik,penglihatan semula kuasa pengundangan yang digunakan untuk mengetatkan penyertaan politik dan mempenjarakan penentangan kerajaan telah ditunaikan oleh kerajaan Habibie tetapi suatu kekurangan yang jelas masih wujud dalam kerajaan Habibie. Walaupun penyataan kerajaaan Habibie menunjukkan penghormatan kepada kebebasan pergaulan dan bersuara tetapi kerajaan masih menangkap sesiapa yang mengkritik. Contohnya, 18 orang politik terkemuka telah disoal di bawah Artikel 110 oleh Kod Jenayah Indonesia. Tambahan lagi, kerajaan juga tidak dilihatkan berkembang dalam proses pembaharuan undang-undang bagi menjamin kebebasan bersuara. Dengan itu, Presiden Habibie telah meletakkan jawatan dan digantikan oleh Abdurrahman Wahid atau dikenal sebagai Gus Dur yang merupakan harapan terbaik dalam menjalinkan pembahagian tradisional yang telah membahagikan sekular dengan politik Islam.



home | Ekonomi | Sosial | Politik | Pautan berkaitan |  

 
Har Wai Mun, et al @ 2000
Created:2000