home | Ekonomi | Sosial | Politik | Pautan berkaitan |  




Ekonomi Indonesia:  
 Langkah/Polisi  
 Keberkesanan  
Ekonomi Malaysia:  
 Kesan krisis  
 Langkah/Polisi  
 Keberkesanan  
   








































 
Kesan Ekonomi Indonesia
Kesan Krisis Ekonomi Indonesia


Menurut Bank Dunia, pembangunan ekonomi di rantau Asia Tenggara telah dikatakan mencapai pertumbuhan di sekitar tujuh peratus (purata tahunan) dalam masa 1985 hingga 1995, iaitu satu kadar pertumbuhan yang paling cepat yang tidak pernah dialami di rantau yang lain. Pada tahun 1996, wujudnya tanda slowdown di Negara Thai. Bagaimanapun, keadaan sedemikian tidak diambil berat oleh orang ramai, malahan mereka menganggap keadaan ini sebagai satu fenomena yang biasa dalam kitaran ekonomi. Sememangnya, tiada ramai orang yang akan menjangka slowdown yang terdapat di Negara Thai itu akan merebak menjadi satu keadaan yang begitu dahsyat sehingga meninggalkan impak yang serius ke atas ekonomi negara di sekitarnya. Pada awal tahun 1997, krisis kewangan melanda Negara Thai sehingga menyebabkan kadar pertukaran Baht terhadap dolar Amerika meningkat dengan cepat.


Seperti Negara Thai, Indonesia turut mengalami nasib yang sama. Malahan tahap kegawatan ekonomi di Indonesia adalah lebih teruk berbanding dengan negara jiran yang lain. Nilai Rupiah turun dengan mendadaknya dalam masa setahun.Jun 1997: US$1 = Rupiah 2,500; Januari 1998: US$1 = Rupiah 17,000; Jun 1998: US$1 = Rupiah 14,850.

Devaluasi terhadap Rupiah telah membawa kesan yang teruk ke atas sektor pengeluaran barangan bukan perdagangan. Firma-firma dalam sektor ini terikat dalam kadar hutang asing yang begitu tinggi. Malahan banyak firma berada dalam keadaan bankrap kerana mereka tidak mampu menjanakan hasil yang mencukupi untuk menjelaskan hutang mereka. Sebenarnya, secara tidak langsung firma itu sendiri yang menyumbang kepada kebankrapan. Ketika krisis kewangan berlaku pada akhir 1997, firma-firma tersebut telah berebut untuk membeli Rupiah. Apabila bank pusat tidak mampu untuk menyokong nilai Rupiah dengan menjual rizab pertukaran asing, maka kesemua ini telah membawa kepada keadaan kelumpuhan ekonomi negara Indonesia.

Hutang asing Indonesia adalah jauh lebih tinggi daripada yang dijangkakan. Kejatuhan nilai Rupiah turut memperlihatkan kelemahan sektor kewangan Indonesia. Pada masa yang kritikal ini, semakin banyak firma menghadapi insolvency. Antaranya sektor pembinaan dan peruncitan paling banyak menerima kesan buruknya. Dalam sektor pengeluaran bukan minyak pula, ia turut mengalami nasib yang sama akibat daripada pengurangan permintaan pengguna dan ketidaksanggupan pelabur asing untuk meneruskan perniagaan dengan firma tempatan lagi. Kerapuhan sistem perbankan memburukkan lagi sektor tersebut memandangkan urusniaga eksport menjadi semakin sukar dijalankan. Walaupun sebelum itu firma tempatan telah mempunyai rangkaian pelanggan yang begitu luas tetapi berikutan krisis kewangan ini, kini semua urusniaga terpaksa diberhentikan.

Jangkaan dibuat terhadap tahun 2000 di mana akan berlakunya peningkatan sebanyak dan peratus dalam KNK per kapita dan perbelanjaan penggunaan swasta per kapita. Kadar pertumbuhan populasi dijangka di sekitar 1.57 peratus per tahun antara tahun 1997 hingga 2000.

Di antara tahun 1997 hingga 1999, telah dijangka berlakunya kejatuhan sebanyak 16 peratus dalam KNK per kapita. Dikatakan bahawa kejatuhan KNK per kapita ini merupakan satu-satunya kejatuhan dahsyat yang tidak pernah dialami dalam masa yang pendek. Walaupun pada masa great depression yang berlaku pada tahun 1930an, kejatuhan KNK per kapita adalah sebanyak 17 peratus, namun kalau dibandingkan dari segi tempoh, dikatakan penguncupan KNK per kapita di Indonesia dalam masa dua tahun ini telah menampakkan kesan yang lebih besar.

Didapati kejatuhan dalam KNK per kapita adalah lebih besar daripada kejatuhan dalam perbelanjaan penggunaan swasta per kapita. Ini menandakan bahawa kejatuhan dalam KNK per kapita akan mempunyai impak yang lebih teruk ke atas perbelanjaan terhadap komponen pelaburan. Dikatakan bahawa perbelanjaan terhadap komponen pelaburan telah berkurangan sebanyak 40 peratus. Dalam jangka pendek, pengurangan perbelanjaan terhadap komponen pelaburan bermakna kurangnya barangan import untuk tujuan penggunaan pelaburan. Akibatnya, pelaburan Indonesia merosot dan kadar kemiskinan telah meningkat. Dalam jangka panjang pula, pengurangan perbelanjaan terhadap komponen pelaburan telah menjejaskan potensi pertumbuhan ekonomi Indonesia. Antara tahun 1998 hingga 1999, pelaburan Indonesia tergendala. Banyak projek pelaburan seperti pembinaan bangunan yang separuh siap terpaksa diberhentikan. Masalah belanjawan telah menyebabkan tiada sebarang projek infrastruktur dijalankan pada tempoh masa tersebut.

Namun demikian, bagi sektor pengeluaran barangan perdagangan, pengeluar-pengeluar sektor ini telah mendapat faedah yang besar kesan daripada devaluasi Rupiah. Walaupun Indonesia pada masa itu menghadapi kemarau yang teruk, ramai pengeluar produk pertanian secara kecil-kecilan masih menikmati peningkatan dalam hasil pendapatan mereka.

Dalam pembangunan kewangan Indonesia, ia berkait rapat dengan isu nepotism dan korupsi. Dalam sektor kewangan, terdapatnya conneted lending yang menandakan pengaruh politik yang begitu kuat dalam membuat keputusan pelaburan. Apabila krisis kewangan ini menjadi semakin serius, adalah jelas dilihat bahawa golongan autokrat ini lebih melindungi kepentingan keluarga dan kroni mereka daripada ekonomi negara. Secara tidak langsungnya, boleh dikatakan bahawa pentadbiran di bawah kapitalisme kroni selama ini telah menyumbang kepada berlakunya krisis ini. Ia menyebabkan pihak awam hilang keyakinannya terhadap keupayaan pentadbiran kerajaan.


Kerapuhan sistem perbankan di Indonesia pada akhir tahun 1997 dan awal 1998 yang memerlukan bantuan kecairan yang besar dari bank pusat telah membawa kepada inflasi yang tinggi. Sebahagian besar daripada sistem perbankan telah diambil-alih oleh Indonesian Bank Restructuring Agency (IBRA) untuk dirombak semula sistem pentadbirannya sebelum dijual balik kepada pemegang tempatan atau asing. Pada November 1997, sebanyak 16 buah bank di Indonesia terpaksa ditutup atas masalah insolvency. Keyakinan pihak awam terhadap sistem perbankan runtuh sama sekali apabila mendapati kerajaan tidak mampu memberi jaminan deposit. Pada masa yang sama, tersebarnya khabar angin tentang kematian salah seorang pemegang saham utama di bank swasta yang paling besar, iaitu Bank Central Asia. Kesemua ini telah membawa kepada kebantutan perjalanan sektor perbankan. Pasaran stok berada dalam keadaan lumpuh. Nilai indek jatuh dari 720 pada Julai 1997 kepada 600 pada Ogos dan seterusnya kejatuhan sebanyak 75 peratus pada pertengahan Disember 1997.



home | Ekonomi | Sosial | Politik | Pautan berkaitan |  

Har Wai Mun, et al @ 2000
Created:2000