home | Ekonomi | Sosial | Politik | Pautan berkaitan |  




Sosial Indonesia:  
 Kesan Krisis  
 Langkah/Polisi  
Sosial Malaysia:  
 Kesan krisis  
 Langkah/Polisi  
 Keberkesanan  
   
















 
Keberkesanan Pemulihan Sosial Indonesia
Keberkesanan Polisi


Walaupun kepelbagaian program gunatenaga luar bandar adalah amat berguna dalam menyediakan peluang pekerjaan baru pada 1999 dan 2000, apakah kesan bersih ke atas 'poverty alleviation'? Terdapat pelbagai pendapat tentang persoalan ini. Ada yang berpendapat bahawa pekerjaan awam luar bandar adalah lebih kos efektif untuk memindahkan pendapatan kepada orang miskin berbanding subsidi makanan (Ahmed 1999). Ada yang menegaskan bahawa program sedemikian mengabaikan kumpulan sasaran seperti wanita, orang tua dan infirm. Pada masa lepas, program ciptaan pekerjaan luar bandar di Indonesia adalah lebih berorientasikan pekerja lelaki dan Oey-Gardiner (1995:88) mengemukakan bahawa hanya selepas penentangan NGO barulah kerajaan Indonesia melakukan percubaan mengembangkan program ciptaan pekerjaan kecemasan pada 1998 di kawasan bandar yang melibatkan pekerja wanita. Ada juga kritikan bahawa adalah berlakunya korupsi dan bocoran secara besar-besaran sehingga kurang daripada separuh peruntukan biayaan digunakan untuk melaksanakan projek.

Pada pertengahan 1999, terdapat percanggahan pendapat tentang keperluan program sedemikian dan pelaksanaannya. World Food Program dikatakan mengeluarkan kenyataan pada lewat Mei 1999 bahawa "Indonesia tidak mengalami krisis makanan." Pada masa yang sama pula, terdapat pertindihan komuniti penderma atau penyumbang bahawa kebanyakan program social safety net tidaklah sangat berjaya. UNSFIR pula mengatakan bahawa "disebabkan oleh kekurangan maklumat pada tangan, bentuk program dan sasaran adalah bermasalah" (UNSFIR 1999:99). Kesangsian ini dikongsi oleh ramai birokrasi Indonesia. Dalam satu ucapan di Sydney pada awal Mac 1999, seorang teknokrat dalam kabinet Habibie, Dr. Boediono mengatakan bahawa birokrasi Indonesia mendapati adalah susah untuk respons kepada cabaran masa lepas dan sebagai kesannya, penderma atau penyumbang asing dan kumpulan tekanan tempatan adalah vocal dalam kritikan polisi kerajaan. Beliau mengaku bahawa peningkatan kemiskinan dan pengangguran adalah berkitaran pada hujung 1998 dan memaksa kerajaan memperuntukkan pembiayaan kepada polisi yang lemah serta membawa kesan yang sedikit kepada golongan yang termiskin dan yang amat memerlukannya.

Dr. Boedino adalah optimistik bahawa strategi kerajaan yang baru, penekanan kepada desentralisasi yang asli, program generasi yang diperbaiki, penilaian dan pembaiki rancangan belanjawan akan membawa kepada sasaran kerajaan polisi social safety net yang lebih efektif pada masa depan. Pihak lain yang mempunyai pengalaman berpendapat bahawa NGO mestilah memainkan peranan yang lebih dalam pelaksanaan polisi kerana pemusatan berlebihan, perkhidmatan tersendiri dan agensi kerajaan yang korup adalah tidak berupaya membawa sebarang reformasi pada masa yang cepat (Salim 1999, juga lihat Cameron 1999:28-9). Pendapat ini memang dipersetujui oleh berjuta-juta rakyat Indonesia.

home | Ekonomi | Sosial | Politik | Pautan berkaitan |  

Har Wai Mun, et al @ 2000
Created:2000